Thursday, March 4, 2010

Kerja Berpasukan

Kita sering mendengar pepatah Melayu mengatakan ringan sama dijinjing, ringan sama dipikul. Konsep ini sebenarkan diterapkan dalam kerja berpasukan. Dalam berpersatuan, kerja menjadi mudah sekiranya konsep bekerja secara berpasukan dilaksanakan mengikut kaedah yang betul.

  1. Pernahkan anda mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan sesuatu tugas projek atau tugasan.
  2. Atau pernahkah anda berasa terbeban dengan tugas yang diserahkan oleh persatuan kepada kita.
Kebiasaannya, situasi ini sering dialami oleh remaja yang bergiat aktif dalam persatuan. Gerak kerja persatuan sebenarnya melibatkan gerak kerja secara berpasukan. Dalam gerak kerja berpasukan beberapa elemen penting perlu ditekankan. Antaranya, pengagihan dan pemantapan bidang tugas oleh setiap ahli bagi melaksanakan sesuatu matlamat atau tugasan. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Hal ini kerana, secara tidak lengsung akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Selain itu, banyak kelebihan yang diperoleh sekiranya konsep sebenar kerja secara berpasukan dipraktikkan. Antaranya ialah boleh menjimatkan masa. Kerja berpasukan juga melatih kita bekerjasama. Hal ini kerana, apabila memasuki alam pekerjaan aspek kerjasama di antara rakan sekerja adalah elemen penting dalam memajukan sesuatu agensi atau syarikat. Di samping itu, komunikasi antara ahli pasukan secara tidak langsung boleh membantu setiap individu meluahkan apa yang terbuku di hati dengan perasaan terbuka. Pasukan yang dibentuk mestilah mengambil berat dan memastikan setiap ahli terlibat secara langsung dalam mengemukakan pendapat. Hal ini kerana, mungkin ada sebilangan ahli masih lemah dalam berkomunikasi tetapi mempunyai idea yang bernas dan oleh itu, semua ahli yang terlibat perlu peka terhadap situasi seperti ini.

Seterusnya, ialah apabila bekerja secara individu akan timbul rasa hilang semangat, malas, dan sikap mudah putus asa, maka cubalah ia dilaksanakan secara berpasukan mudah-mudahan dapat membantu masalah ini. Hal ini kerana, setiap orang bergabung fikiran dalam memberikan idea dan motivasi bagi mengatasi kesukaran dan kekusutan yang dialami dalam pasukan. Hal ini kerana, ia memberikan kepuasan yang luar biasa kepada pasukan, mengeratkan hubungan sesama manusia, serta tidak mudah menjadi bosan dengan apa yang dilakukan.










sumber : nurul aini k. azhari
PTS MILLENIA SDN. BHD.