Tuesday, April 6, 2010

RAHSIA DI SEBALIK BANGUN MALAM

Kita tidak dapat lari daripada kesilapan. Kesilapan kepada Tuhan, ibu bapa, guru dan sesama makhluk di muka bumi ini. Kadangkala terdetik di hati, apa yang kita lakukan itu salah tetapi kita masih melakukannya. Dosa-dosa yang terpalit itu menjadi titik-titik hitam di hati. Akibatnya, kita kian leka dengan kemaksiatan yang dilakukan. Bagi yang terpilih pula, hatinya berasa tidak senang. Terasa ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya kosong kerana dahagakan sesuatu.

Mungkin Tuhan tidak mahu dia tersesat lebih jauh. Maka, mulakanlah langkah baru. Pintu taubat masih terbuka. Mulakannya dengan bangun di tengah malam. Di saat orang lain dibuai mimpi indah, mintalah petunjuk dan hidayah dari Tuhan. Tunaikan sembahyang taubat. Menangislah kepada Tuhan. Merayulah kepada-Nya. Berdoa dengan penuh keikhlasan. Berazamlah untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi. Sesungguhnya Tuhan sentiasa membuka pintu keampunan kepada hambanya yang ikhlas berdoa.

Keheningan malam itu dihiasi dengan zikrullah diiringi dengan tangisan keinsafan. Pada saat itu, kemanisan iman dapat di rasai. Hati yang dilanda keresahan pasti menjadi tenang. Kesibukan harian menjadi cabaran untuk mematangkan diri. Kecelaruan yang menyelubungi diri anda mudah-mudahan akan beransur hilang. Yakinlah dengan pertolongan Tuhan.

sumber : Nurul Aini K. Azhari
PTS Millennia Sdn. Bhd

Thursday, March 4, 2010

Kerja Berpasukan

Kita sering mendengar pepatah Melayu mengatakan ringan sama dijinjing, ringan sama dipikul. Konsep ini sebenarkan diterapkan dalam kerja berpasukan. Dalam berpersatuan, kerja menjadi mudah sekiranya konsep bekerja secara berpasukan dilaksanakan mengikut kaedah yang betul.

  1. Pernahkan anda mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan sesuatu tugas projek atau tugasan.
  2. Atau pernahkah anda berasa terbeban dengan tugas yang diserahkan oleh persatuan kepada kita.
Kebiasaannya, situasi ini sering dialami oleh remaja yang bergiat aktif dalam persatuan. Gerak kerja persatuan sebenarnya melibatkan gerak kerja secara berpasukan. Dalam gerak kerja berpasukan beberapa elemen penting perlu ditekankan. Antaranya, pengagihan dan pemantapan bidang tugas oleh setiap ahli bagi melaksanakan sesuatu matlamat atau tugasan. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Hal ini kerana, secara tidak lengsung akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Selain itu, banyak kelebihan yang diperoleh sekiranya konsep sebenar kerja secara berpasukan dipraktikkan. Antaranya ialah boleh menjimatkan masa. Kerja berpasukan juga melatih kita bekerjasama. Hal ini kerana, apabila memasuki alam pekerjaan aspek kerjasama di antara rakan sekerja adalah elemen penting dalam memajukan sesuatu agensi atau syarikat. Di samping itu, komunikasi antara ahli pasukan secara tidak langsung boleh membantu setiap individu meluahkan apa yang terbuku di hati dengan perasaan terbuka. Pasukan yang dibentuk mestilah mengambil berat dan memastikan setiap ahli terlibat secara langsung dalam mengemukakan pendapat. Hal ini kerana, mungkin ada sebilangan ahli masih lemah dalam berkomunikasi tetapi mempunyai idea yang bernas dan oleh itu, semua ahli yang terlibat perlu peka terhadap situasi seperti ini.

Seterusnya, ialah apabila bekerja secara individu akan timbul rasa hilang semangat, malas, dan sikap mudah putus asa, maka cubalah ia dilaksanakan secara berpasukan mudah-mudahan dapat membantu masalah ini. Hal ini kerana, setiap orang bergabung fikiran dalam memberikan idea dan motivasi bagi mengatasi kesukaran dan kekusutan yang dialami dalam pasukan. Hal ini kerana, ia memberikan kepuasan yang luar biasa kepada pasukan, mengeratkan hubungan sesama manusia, serta tidak mudah menjadi bosan dengan apa yang dilakukan.










sumber : nurul aini k. azhari
PTS MILLENIA SDN. BHD.

Sunday, February 21, 2010

CERITA BERKAITAN MASA


CUBA KALAU SAYA SURUH ANDA TERJUN LOMBONG, NAK TAK? MESTI TAK NAK, KAN? CAM MANA PULAK KALAU SAYA SURUH ANDA TAMPAR MUKA SENDIRI, NAK? LAGI RAMAI YANG TAK NAK, KAN? SAYA SENDIRI PUN TAK NAK!!


TAPI, KENAPA KITA BIARKAN DIRI KITA " DITAMPAR " OLEH MASA DAN KEADAAN? MESTI ADA YANG KATA, " EH, APA YANG KAU MEREPEK NI? " BUKAN SAYA NAK MEREPEK, KAWAN. TIAP-TIAP HARI KITA MEMBIARKAN DIRI KITA " DITAMPAR " DAN SETERUSNYA DITEWASKAN OLEH MASA DAN KEADAAN. KENAPA. TAK PERCAYA? OK, KALAU TAK PERCAYA, CUBA JAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH NI :

  1. BERAPA RAMAI YANG KATA MEREKA TAK CUKUP MASA? RAMAI, BUKAN?
  2. BERAPA RAMAI YANG TAK ADA SEMANGAT UNTUK MENANG? RAMAI, BUKAN?
  3. BERAPA RAMAI YANG SELALU STRESS KERANA HIDUP MEREKA TAK TERURUS? RAMAI, BUKAN?

BAGI SAYA, ENOUGH IS ENOUGH. SAYA TAK NAK TERUS DITEWASKAN OLEH MASA DAN KEADAAN. SAYA MESTI URUS DIRI DAN MASA? SAYA MESTI BOLEH LAKUKAN DENGAN BAIK....


sumber : nurul aini k. azhari
PTS MILLENNIA SDN. BHD
Tujuh Prinsip Pengurusan Masa

  1. Senaraikan tugas yang perlu dilakukan. Dengan cara ini gambaran menyeluruh mengenai tugas yang perlu dilakukan dapat dilihat dengan teliti. Anda juga perlu mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh masa yang ditentukan.
  2. Pecahkan tugas-tugas besar kepada tugas-tugas kecil. Cara ini secara tidak langsung memudahkan tugas itu dilaksanakan.
  3. Tentukan dan asingkan tugas yang perlu disiapkan mengikut keutamaan. Catatkan tugas mana yang perlu dilakukan dahulu dan tugas mana yang perlu dikemudiankan.
  4. Jangan menangguhkan kerja. Mulakan dan lakukan kerja dengan penuh minat dan konsisten. Tabiat menangguhkan tugas sering berlaku dalam kalangan remaja yang tidak bijak mengurus masa dengan cekap. Sebilangan remaja suka melakukan kerja di saat akhir dalam keadaan tergesa-gesa. Hasil kerja tangan anda sebenarnya melambangkan keperibadian dan tabiat anda.
  5. Bersikap realistik dalam penggunaan masa. Penggunaan masa mestilah lebih realistik berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang disedari. Atur masa supaya bersesuaian dengan potensi diri.
  6. Jangan merancang untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Perancangan yang dibuat mestilah masih dalam batas yang ditetapkan. Manusia memerlukan rehat bagi menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.
  7. Sempurnakan tugas dengan sebaik mungkin. Sempurnakan tugasan satu persatu bagi merealisasikan perancangan dan matlamat anda. Andai kata anda gagal mengendalikannya, hadapilah kenyataan itu dengan sikap positif dan terbuka.

Zaman remaa adalah zaman penting untuk dimanfaatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah sebelum menjelang hari tua. Ia adalah zon ekslusif dan produktif dalam kehidupan dan pada masa inilah remaja perlu mengasah bakat dengan pelbagai kemahiran. Di dalam Al-Quran surah al-'Asr ayat 1 hingga 3 menyebut :

  • Demi masa!!
  • Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
  • Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dengan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya menghargai masa. Masa sentiasa bergerak dengan pantas, semakin hari semakin jauh meninggalkan kita. Mereka yang tidak memanfaatkan masa yang sepatutnya diuruskan dengan cekap dan sistematik akan rugi besar.

Monday, January 25, 2010

KUALITI DAN JATI DIRI PELAJAR CEMERLANG

Antara kualiti-kualiti pelajar cemerlang adalah seperti berikut:

Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Hal ini kerana, pelajar yang cemerlang akan sentiasa bercakap benar, tidak berbohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Hal ini kerana, mereka sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Hal ini kerana, mereka akan menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya, melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya serta cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Hal ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang sangat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasan yang diberikan akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Hal ini kerana, pelajar yang cemerlang mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi dan mereka juga akan menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat serta sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah dan hidup juga tidak diberkati Tuhan. Selain itu, pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian menyebabkan mereka lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun serta berasa seronok mempelajari setiap mata pelajaran serta mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman

Pelajar yang cemerlang merupakan seorang individu yang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Mereka juga mentaati ibu bapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

sumber diperolehi daripada google

RENUNGAN BERSAMA.....

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

sumber diperolehi daripada google

Sunday, January 24, 2010

TEKNIK-TEKNIK MENGULANGKAJI PELAJARAN

PENGERTIAN MENGULANGKAJI
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas dan bahan-bahan pelajaran yang telah dipelajari sebelum itu serta ianya bukanlah bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?
  1. Membaca dan menyemak nota-nota dan bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Hal ini kerana, iaakan memantapkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa pelajar benar-benar memahami setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Hal ini kerana, kerja rumah yang diberikan oleh guru akan membolehkan pelajar menguji kebolehan menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Hal ini akan membolehkan pelajar membiasakan diri dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Hal ini akan membolehkan pelajar mengetahui soalan-soalan yang sudah diketahui jawapannya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, pelajar akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain membolehkan pelajar mengenalpasti sama ada mereka sudah cukup bersedia atau tidak untuk menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama para pelajar juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang kurang difahami dari rakan-rakan yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran tersebut.

PEMBAHAGIAN MATAPELAJARAN DALAM MENGULANGKAJI

Mata Pelajaran Yang Anda Lemah

  • Cuba sedaya upaya untuk menguasai sesuatu mata pelajaran dan tidak berputus asa
  • Banyakkan kepada guru atau rakan mengenai sesuaut mata pelajaran

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
  • Jangan ambil mudah walaupun anda rasa anda telah menguasai
  • Beri masa yang mencukupi untuk mata pelajaran ini

MENILAI KEUPAYAAN ANDA

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan di dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, seseorang pelajar akan dapat mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap mata pelajaran tertentu. Melalui keputusan ujian tersebut, para pelajar boleh memperbaiki segala kelemahan mereka bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Pelajar juga boleh menguji tahap keupayaan mereka dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Setelah mereka menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan dengan contoh jawapan. Pelajar akan mengenalpasti di manakah kelemahan mereka dan membuat pembaikan yang sewajarnya.

3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal rakannya dan meminta rakannya supaya menghuraikan secara lisan sehingga rakannya berpuas hati.

sumber diperolehi daripada google

RENUNGKAN....

" Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia "

sumber diperolehi daripada google

Saturday, January 23, 2010

PETA MINDA

Peta minda merupakan salah satu teknik mencatat nota yang menggabungkan pancaindera mata dengan meransang sistem otak untuk mengekalkan daya ingatan. Peta minda merupakan teks yang ringkas dan mudah difahami serta dapat mengelakkan mata menjadi letih dan berasa bosan. Selain itu, dengan menggunakan kaedah peta minda juga dapat memudahkan pemahaman kerana grafik yang digunakan dapat menarik perhatian pelajar serta lakaran gambar yang dapat mengekalkan ingatan. Garisan-garisan yang bersambung dan berkembang juga dapat mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kata kunci yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran berkaitan fakta atau isi yang digunakan. Di samping itu, dengan penggunaan warna yang menarik juga dapat meningkatkan kesegaran dan minat minda untuk menerima sesuatu pelajaran.

Contoh peta minda yang menarik



CARA MEMBUAT NOTA PETA MINDA
  • Mulakan imej / simbol / tajuk utama di tengah
  • Keluarkan garisan tebal
  • Perkataan / isi penting yang jelas ditulis " di atas " garisan atau di dalam simbol
  • Garisan bersambung mengikut kelompok
  • Fakta boleh ditulis di atas garisan-garisan bersambung
  • Garisan di dalam kelompok yang sama terus dikembangkan / dicabangkan
  • Gunakan kata kunci yang ringkas, padat dan jelas
  • Warnakan peta minda dengan warna yang berlainan
  • Lakarkan dengan bebas dan dikemaskan
sumber diperolehi daripada google

MENGAPA MENGAMBIL NOTA
  • Sebagai rekod peribadi untuk pembelajaran pelajar
  • Nota dapat memberi bantuan di dalam mengingat idea penting di dalam pembelajaran
  • Tugasan biasanya diberi di dalam kelas dan menjadikan nota sebagai sumber rujukan
  • Nota sebagai sumber maklumat tunggal selepas guru mengajar
  • Pengajaran guru adalah penting untuk peperiksaan maka, mengambil nota adalah penting
  • Pemebalajaran akan menjadi jelas melalui nota yang dicatat dengan baik
FAEDAH MEMBUAT NOTA
  • Mengingat dan melaksanakan pesanan guru
  • Membantu menyusun bahan atau maklumat yang kompleks
  • Memudahkan menyelesaikan laporan secara lisan atau tulisan
  • Memudahkan pelajar menghadapi ujian
  • Membantu memahami dan mengingati maklumat yang dibaca
  • Membantu melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru
CARA-CARA MENULIS NOTA RINGKAS
  • Baca buku teks selama 15 minit atau 2-3 halaman
  • Tutup buku dan cuba tulis semula apa yang anda ingat
  • Semak semula buku teks dan catatkan seringkas dan pastikan agar isi penting tidak tertinggal
  • Susun nota mengikut susunan yang betul
APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA NOTA YANG TELAH DISIAPKAN
  • Setelah nota siap dibuat, pelajar hendaklah membacanya berulang kali supaya ianya menjadi ingatan jangka panjang
  • Hiaskan nota yang telah dibuat supaya menarik perhatian pelajar. Hal ini kerana, nota yang cantik biasanya diminati oleh pembacanya
  • Paparkan nota yang telah dibuat ditempat yang sesuai dan mudah dilihat
  • Perbaiki nota-nota jika dirasakan perlu
  • Ringkaskan nota-nota yang telah dibuat supaya mudah diingati. Gunakan kaedah mengingat yang sesuai dan menarik
CARA MENGAMBIL NOTA
  • Tumpukan kepada mendengar dan menulis
  • Merekod dan mengenalpasti maklumat
  • Menyusun bahan yang didengar / dibaca
  • Menghubungkait antara fakta
  • Memberikan tumpuan kepada isi-isi penting
  • Mencatat isi penting dengan perkataan sendiri
  • Menggunakan kata kunci, simbol, kata singkatan dan lain-lain
  • Mengemaskini dan menokok tambah
NOTA TERBAIK
  • Mengandungi isi-isi penting sahaja
  • Terang, kemas, dan mudah dibaca
  • Buku catatan khas mengikut mata pelajaran
  • Menggunakan ayat sendiri dalam bentuk point
  • Menggunakan ayat ringkas yang mudah difahami
  • Gunakan pen pelbagai warna agar nota lebih menarik
sumber diperolehi daripada google

SESUNGGUHNYA..........

" KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA ORANG YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERTERUSAN "

" TETAPI KEGAGALAN ADALAH MILIK MEREKA YANG MALAS DAN SERING BERPUTUS ASA "

sumber diperolehi daripada google