Saturday, January 23, 2010

PETA MINDA

Peta minda merupakan salah satu teknik mencatat nota yang menggabungkan pancaindera mata dengan meransang sistem otak untuk mengekalkan daya ingatan. Peta minda merupakan teks yang ringkas dan mudah difahami serta dapat mengelakkan mata menjadi letih dan berasa bosan. Selain itu, dengan menggunakan kaedah peta minda juga dapat memudahkan pemahaman kerana grafik yang digunakan dapat menarik perhatian pelajar serta lakaran gambar yang dapat mengekalkan ingatan. Garisan-garisan yang bersambung dan berkembang juga dapat mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kata kunci yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran berkaitan fakta atau isi yang digunakan. Di samping itu, dengan penggunaan warna yang menarik juga dapat meningkatkan kesegaran dan minat minda untuk menerima sesuatu pelajaran.

Contoh peta minda yang menarik



CARA MEMBUAT NOTA PETA MINDA
  • Mulakan imej / simbol / tajuk utama di tengah
  • Keluarkan garisan tebal
  • Perkataan / isi penting yang jelas ditulis " di atas " garisan atau di dalam simbol
  • Garisan bersambung mengikut kelompok
  • Fakta boleh ditulis di atas garisan-garisan bersambung
  • Garisan di dalam kelompok yang sama terus dikembangkan / dicabangkan
  • Gunakan kata kunci yang ringkas, padat dan jelas
  • Warnakan peta minda dengan warna yang berlainan
  • Lakarkan dengan bebas dan dikemaskan
sumber diperolehi daripada google

MENGAPA MENGAMBIL NOTA
  • Sebagai rekod peribadi untuk pembelajaran pelajar
  • Nota dapat memberi bantuan di dalam mengingat idea penting di dalam pembelajaran
  • Tugasan biasanya diberi di dalam kelas dan menjadikan nota sebagai sumber rujukan
  • Nota sebagai sumber maklumat tunggal selepas guru mengajar
  • Pengajaran guru adalah penting untuk peperiksaan maka, mengambil nota adalah penting
  • Pemebalajaran akan menjadi jelas melalui nota yang dicatat dengan baik
FAEDAH MEMBUAT NOTA
  • Mengingat dan melaksanakan pesanan guru
  • Membantu menyusun bahan atau maklumat yang kompleks
  • Memudahkan menyelesaikan laporan secara lisan atau tulisan
  • Memudahkan pelajar menghadapi ujian
  • Membantu memahami dan mengingati maklumat yang dibaca
  • Membantu melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru
CARA-CARA MENULIS NOTA RINGKAS
  • Baca buku teks selama 15 minit atau 2-3 halaman
  • Tutup buku dan cuba tulis semula apa yang anda ingat
  • Semak semula buku teks dan catatkan seringkas dan pastikan agar isi penting tidak tertinggal
  • Susun nota mengikut susunan yang betul
APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA NOTA YANG TELAH DISIAPKAN
  • Setelah nota siap dibuat, pelajar hendaklah membacanya berulang kali supaya ianya menjadi ingatan jangka panjang
  • Hiaskan nota yang telah dibuat supaya menarik perhatian pelajar. Hal ini kerana, nota yang cantik biasanya diminati oleh pembacanya
  • Paparkan nota yang telah dibuat ditempat yang sesuai dan mudah dilihat
  • Perbaiki nota-nota jika dirasakan perlu
  • Ringkaskan nota-nota yang telah dibuat supaya mudah diingati. Gunakan kaedah mengingat yang sesuai dan menarik
CARA MENGAMBIL NOTA
  • Tumpukan kepada mendengar dan menulis
  • Merekod dan mengenalpasti maklumat
  • Menyusun bahan yang didengar / dibaca
  • Menghubungkait antara fakta
  • Memberikan tumpuan kepada isi-isi penting
  • Mencatat isi penting dengan perkataan sendiri
  • Menggunakan kata kunci, simbol, kata singkatan dan lain-lain
  • Mengemaskini dan menokok tambah
NOTA TERBAIK
  • Mengandungi isi-isi penting sahaja
  • Terang, kemas, dan mudah dibaca
  • Buku catatan khas mengikut mata pelajaran
  • Menggunakan ayat sendiri dalam bentuk point
  • Menggunakan ayat ringkas yang mudah difahami
  • Gunakan pen pelbagai warna agar nota lebih menarik
sumber diperolehi daripada google

SESUNGGUHNYA..........

" KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA ORANG YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERTERUSAN "

" TETAPI KEGAGALAN ADALAH MILIK MEREKA YANG MALAS DAN SERING BERPUTUS ASA "

sumber diperolehi daripada google




No comments:

Post a Comment

Post a Comment