Sunday, January 24, 2010

TEKNIK-TEKNIK MENGULANGKAJI PELAJARAN

PENGERTIAN MENGULANGKAJI
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas dan bahan-bahan pelajaran yang telah dipelajari sebelum itu serta ianya bukanlah bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?
  1. Membaca dan menyemak nota-nota dan bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Hal ini kerana, iaakan memantapkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa pelajar benar-benar memahami setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Hal ini kerana, kerja rumah yang diberikan oleh guru akan membolehkan pelajar menguji kebolehan menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Hal ini akan membolehkan pelajar membiasakan diri dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Hal ini akan membolehkan pelajar mengetahui soalan-soalan yang sudah diketahui jawapannya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, pelajar akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain membolehkan pelajar mengenalpasti sama ada mereka sudah cukup bersedia atau tidak untuk menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama para pelajar juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang kurang difahami dari rakan-rakan yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran tersebut.

PEMBAHAGIAN MATAPELAJARAN DALAM MENGULANGKAJI

Mata Pelajaran Yang Anda Lemah

  • Cuba sedaya upaya untuk menguasai sesuatu mata pelajaran dan tidak berputus asa
  • Banyakkan kepada guru atau rakan mengenai sesuaut mata pelajaran

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
  • Jangan ambil mudah walaupun anda rasa anda telah menguasai
  • Beri masa yang mencukupi untuk mata pelajaran ini

MENILAI KEUPAYAAN ANDA

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan di dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, seseorang pelajar akan dapat mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap mata pelajaran tertentu. Melalui keputusan ujian tersebut, para pelajar boleh memperbaiki segala kelemahan mereka bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Pelajar juga boleh menguji tahap keupayaan mereka dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Setelah mereka menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan dengan contoh jawapan. Pelajar akan mengenalpasti di manakah kelemahan mereka dan membuat pembaikan yang sewajarnya.

3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal rakannya dan meminta rakannya supaya menghuraikan secara lisan sehingga rakannya berpuas hati.

sumber diperolehi daripada google

RENUNGKAN....

" Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia "

sumber diperolehi daripada google

No comments:

Post a Comment